Tuesday, March 8, 2016

Cara Daftar jadi Pemandu Uber

Okeh.

Cara Daftar jadi Pemandu Uber.

Ada 5 langkah mudah yang perlu anda ikuti.

Langkah Pertama

Klik pada link ini dan anda akan dibawa ke paparan borang pendaftaran ini.

Klik link ini --> Daftar Pemandu UBER



Isi semua yang diperlukan diatas.

Bahagian bandar, pilih "BANDAR" yang anda tinggal sekarang. Jika tinggal di Kuala Lumpur, pilih Kuala Lumpur. Jika di Johor Bahru, pilih la Johor Bahru. Jangan tinggal di Johor Bahru, anda pilih George Town pulak.

Dah jadi satu masalah pulak kang nanti.

Jadi, isi borang tu elok-elok.

Langkah Kedua.

Anda akan terima SMS dan email pendaftaran. Maksudnya, macam pengesahan yang memberitahu bahawa anda telah selesai buat pendaftaran.

Email dan SMS itu juga akan menerangkan apa langkah yang seterusnya untuk anda ikuti dan lakukan.

Langkah ketiga

Anda kena isi dan LENGKAPKAN 3 maklumat penting ini.

1. Lesen Memandu (Pastikan lesen anda hidup)
2. Mykad ( UBER hanya terima pemandu yang berumur 21 tahun ke atas)
3. Surat Insurans kenderaan ( Nama anda wajib ada dalam surat insurans tersebut )

Dah ada tiga benda ni, anda kena uploadkan kat website atau aplikasi UBER.

Langkah keempat

Tunggu dalam tempoh 48 jam untuk pihak UBER sahkan pendaftaran anda. Ia bertujuan untuk mengesahkan identiti anda. Sila lihat diemel anda sama ada pihak UBER terima atau reject anda sebagai pemandu UBER.

Jika kena reject, mesti ada mana-mana langkah yang anda tidak lakukan dengan betul.

Langkah kelima

Sila masuk ke akaun UBER anda dan lengkapkan bahagian profile anda.

Upload gambar anda dan isi bahagian detail yang lain.

Jangan lupa untuk isi bahagian "BANKING". Jika tidak, nanti macam mana la pulak pihak UBER nak bayar income anda sebagai pemandu UBER.

Boleh daftar melalui aplikasi UBER atau guna website UBER di laptop atau komputer masing-masing.

Itu sahaja yang perlu anda lakukan untuk menjadi pemandu UBER dikawasan anda.

Ya.

Itu sahaja.

Mudah, kan?






No comments:

Post a Comment