Wednesday, June 29, 2016

Berapa UPAH pemandu UBER dapat?

Ya.

Berapa UPAH pemandu UBER dapat?

Pihak UBER hanya mengenakan caj sebanyak 25% dari jumlah bayaran penumpang anda.

Jika sehari anda dapat RM100 dari penumpang anda, jadi anda sebagai pemandu UBER akan terima sebanyak RM75 sebagai upah atau income anda.

JIka dalam seminggu anda dapat RM1000 dari penumpang anda, jadi anda sebagai pemandu UBER akan terima sebanyak RM750 sebagai upah atau income anda.

Bayaran atau upah anda akan masuk ke akaun bank anda secara automatik pada hari Rabu sehingga Jumaat berikutnya.

Jadi, tips mudah dari saya.

Nak dapat income lebih, dapatkan lebih banyak trip dan penumpang pada setiap hari.

JIka anda cuma boleh bekerja 3-5 jam sehari, itu pun dah lebih dari cukup.

Tapi jika nak buat secara full time pun tak ada masalah.

Itu lebih bagus.

Ramai rakan saya yang dapat income lebih dari RM1000 sebulan hanya secara partime dengan jadi pemandu UBER ini. Malah, yang dapat income lebih dari RM2000 sebulan pun boleh tahan ramainya.

So..

Jika berminat nak tambah pendapatan sampingan anda atau anda rasa anda perlukan pendapatan sampingan, mungkin menjadi pemandu UBER ini adalah salah satu pilihan alternatif yang terbaik untuk anda.

Yang penting, anda kena ada kereta.

Hehe..

Pemandu UBER lejen

Berminat nak jadi pemandu UBER?

Boleh terus daftar disini --> Daftar jadi Pemandu UBER Lejen

Tuesday, March 8, 2016

Cara Daftar jadi Pemandu Uber

Okeh.

Cara Daftar jadi Pemandu Uber.

Ada 5 langkah mudah yang perlu anda ikuti.

Langkah Pertama

Klik pada link ini dan anda akan dibawa ke paparan borang pendaftaran ini.

Klik link ini --> Daftar Pemandu UBER



Isi semua yang diperlukan diatas.

Bahagian bandar, pilih "BANDAR" yang anda tinggal sekarang. Jika tinggal di Kuala Lumpur, pilih Kuala Lumpur. Jika di Johor Bahru, pilih la Johor Bahru. Jangan tinggal di Johor Bahru, anda pilih George Town pulak.

Dah jadi satu masalah pulak kang nanti.

Jadi, isi borang tu elok-elok.

Langkah Kedua.

Anda akan terima SMS dan email pendaftaran. Maksudnya, macam pengesahan yang memberitahu bahawa anda telah selesai buat pendaftaran.

Email dan SMS itu juga akan menerangkan apa langkah yang seterusnya untuk anda ikuti dan lakukan.

Langkah ketiga

Anda kena isi dan LENGKAPKAN 3 maklumat penting ini.

1. Lesen Memandu (Pastikan lesen anda hidup)
2. Mykad ( UBER hanya terima pemandu yang berumur 21 tahun ke atas)
3. Surat Insurans kenderaan ( Nama anda wajib ada dalam surat insurans tersebut )

Dah ada tiga benda ni, anda kena uploadkan kat website atau aplikasi UBER.

Langkah keempat

Tunggu dalam tempoh 48 jam untuk pihak UBER sahkan pendaftaran anda. Ia bertujuan untuk mengesahkan identiti anda. Sila lihat diemel anda sama ada pihak UBER terima atau reject anda sebagai pemandu UBER.

Jika kena reject, mesti ada mana-mana langkah yang anda tidak lakukan dengan betul.

Langkah kelima

Sila masuk ke akaun UBER anda dan lengkapkan bahagian profile anda.

Upload gambar anda dan isi bahagian detail yang lain.

Jangan lupa untuk isi bahagian "BANKING". Jika tidak, nanti macam mana la pulak pihak UBER nak bayar income anda sebagai pemandu UBER.

Boleh daftar melalui aplikasi UBER atau guna website UBER di laptop atau komputer masing-masing.

Itu sahaja yang perlu anda lakukan untuk menjadi pemandu UBER dikawasan anda.

Ya.

Itu sahaja.

Mudah, kan?






Sunday, February 14, 2016

Pemandu UBER yang Lejen

Selamat datang ke blog ini.

Apa khabar.

Di sini, saya akan kongsikan tentang pengalaman sebagai pemandu UBER, UBER driver dan berkongsi maklumat tentang bagaimana mahu jadi pemandu uber yang berjaya dan cemerlang pada setiap bulan.

Dunia hari ini semakin sukar.

Tetapi kita boleh jadikan dunia kita menjadi lebih mudah.

Saya tahu, ramai yang memerlukan pendapatan sampingan.

Dan menjadi pemandu uber adalah salah satu caranya.

Ini adalah peluang terbaik jika anda mempunyai kereta yang baik, mahu bekerja dengan lebih tekun, mahu menambah pendapatan keluarga dan mahu mempunyai keluarga yang bahagia.

Mungkin dengan menjadi pemandu uber, ini akan menjadikan anda seorang pemandu uber yang lebih bahagia.

Tahniah saya ucapkan kepada mereka yang sudah menjadi pemandu uber yang lejen dan cemerlang.

Pemandu Uber yang Lejen

Siapa tahu, menjadi pemandu uber ini akan mengubah hidup anda menjadi lebih indah dan isteri-isteri anda akan bertambah sayang kepada anda.

Hehe..

Oklah.

Tak mahu cakap lebih-lebih.

Siapa yang berminat nak jadi pemandu UBER ni, leh daftar dengan klik link dibawah: